Promosi kereta sewa di Sabah 2025 menyediakan kereta yang selamat dan dalam keadaan baik pada kadar yang berpatutan. Kami sentiasa berusaha untuk menyediakan kenderaan dalam keadaan yang memuaskan. Dengan Promosi kereta sewa di Sabah 2025 kembali lagi dengan kadar TERENDAH & MURAH bagi Kota Kinabalu. Kereta sewa MURAH di Kota Kinabalu kali ini menyediakan pelbagai jenis kenderaan mengikut citarasa semua iaitu
Jenis Kenderaan
Compact (Axia)
Hatchback (Myvi, Iriz)
Sedan (Saga, Bezza, Nissan Almera, Honda City)
MPV (Alza Baru, Avanza, Exora, Innova)
4WD (Hilux, Triton)
Van (Nissan Urvan NV350)
SUV (Aruz, X50, X70, Fortuner)
Luxury (Staria, Starex, Vellfire, Alphard)
Harga Sewaan:
DAPATKAN PROMOSI KERETA SEWA DI SABAH 2025
Anda tengah merancang untuk bercuti ke Sabah. But, nak potong bajet? Ingin mencari kereta sewa murah di Kota Kinabalu? Well, Anda di tempat yang betul. Because, we are the cheapest in Kota Kinabalu. Promosi kereta sewa di Sabah 2025 boleh di tempah melalui applikasi Whatsapp dengan menggunakan link di bawah:
Whatsappp
SO, Good News for you!!
Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa murah di Kota Kinabalu MURAH & BERKUALITI di Kota Kinabalu, Sabah. By,
Ingin merancang percutian ke Sabah? Tapi tak tahu nak mula dari mana? Bagi anda yang pertama kali ingin menjejakkan kaki ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu ini, pasti akan tertanya-tanya beberapa perkara yang wajib diketahui sebelum anda ke Sabah. Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips percutian sabah- pakej murah ke kundasang 2023 untuk merancang percutian anda di Sabah. Terdapat beberapa soalan bagi mereka yang sering bertanyakan pada saya.
PERCUTIAN SABAH- PAKEJ MURAH KE KUNDASANG 2023
Nak mendarat kat lapangan terbang mana?
Walaupun soalan ini nampak mudah, namun ianya sering ditanyakan kepada saya. Ini bermaksud, masih ramai yang tidak tahu ada berapa lapangan terbang di Sabah ni dan bagaimana laluan penerbangan ke Sabah. Untuk pengetahuan anda, di Sabah terdapat beberapa lapangan terbang namun tidak semua lapangan terbang di Sabah mempunyai penerbangan terus daripada Kuala Lumpur atau lain-lain penerbangan di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Singapura. Satu tips percutian sabah- pakej murah ke kundasang 2023 dari saya, anda boleh semak di laman web penerbangan seperti AirAsia, Malaysia Airlines, Malindo Air dan lain-lain. Oleh itu, anda boleh pilih nak ke destinasi mana yang hendak dituju, baru boleh pilihlah lapangan terbang yang terdekat.
Senarai lapangan terbang utama di Sabah ialah:
-Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
-Lapangan Terbang Sandakan
-Lapangan Terbang Tawau
-Lapangan Terbang Lahad Datu
Siapakah yang akan menjemput anda di lapangan terbang?
Tips percutian sabah- pakej murah ke kundasang 2023 yang kedua, ini terpulang dengan anda, kalau anda lebih selesa untuk memandu sendiri ke pelbagai destinasi tanpa ragu-ragu, bolehlah mengambil servis kereta sewa. Namun sekiranya anda tidak mahu keletihan mencari jalan dan lebih selesa mengambil pemandu khas bersama kenderaan, anda boleh juga menyewa kereta bersama pemandu. Sekiranya anda inginkan perjalanan yang lancar, bolehlah terus mengambil pakej percutian Sabah sekali dengan kenderaan, pemandu dan penginapan. Ini lebih memudahkan pengurusan anda dalam merancang percutian sabah- pakej murah ke kundasang 2023 kerana anda hanya perlu menghubungi seorang sahaja bagi menyelesaikan masalah anda. Sekiranya, anda telah ada persiapan ini, maka tidaklah anda ternganga di luar gate lapangan terbang tu sambil mencari-cari hala tuju dan membuang masa menunggu. Betul tak?
PERCUTIAN SABAH- PAKEJ MURAH KE KUNDASANG 2023
Apakah jadual perjalanan yang sesuai?
Selalunya jadual perjalanan merupakan perkara yang tidak kurang pentingnya dalam merancang percutian sabah- pakej murah ke kundasang 2023. Anda harus memikirkan ke mana yang anda ingin lawati terlebih dahulu. Rancang destinasi dalam Sabah. Nak kena buka peta Sabah ke? Jawapannya, tak semestinya, kadang-kadang tu, nak pilih tempat tak boleh main hentam pilih, hari pertama nak ke Tawau, hari kedua nak ke Sandakan, hari ketiga nak ke Kota Kinabalu. Jarak ketiga-tiga tempat bukanlah dekat. Oleh itu, rancang perjalanan seiring dengan tempoh masa anda di Sabah. Kalau anda Cuma ada 4 Hari 3 Malam, cuba rancang tempat-tempat yang saling berdekatan agar tidak membuang masa di perjalanan sahaja. Sebagai contoh pakej percutian Sabah yang paling popular adalah Percutian Sabah Kundasang 4 Hari 3 Malam.
PERCUTIAN SABAH- PAKEJ MURAH KE KUNDASANG 2023
Hari Pertama;
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (penerbangan pagi).
Bertolak ke Kundasang yang mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit hingga 2 jam.
Bersiar-siar di kawasan Kinabalu Park, Desa Dairy Farm, Kundasang War Memorial.
Bermalam di Kundasang untuk satu malam (sebelah malam tu kalau nak BBQ sendiri ke, bolehlah singgah pekan Kundasang untuk beli arang. Cuma pastikan penginapan ada tu ada tempat memanggang khas.)
Hari Kedua;
Sarapan di mana-mana restoran kat pekan Kundasang atau di penginapan anda.
Menyambung perjalanan di kawasan pekan Ranau yang mengambil masa perjalanan 30 ke 45 minit.
Bersiar-siar di Tagal Fish Spa, Ladang Teh Sabah dan Kolam Air Panas Hot Spring.
Bertolak balik ke Kota Kinabalu (selepas jam5 petang).
Menginap di Kota Kinabalu
PERCUTIAN SABAH- PAKEJ MURAH KE KUNDASANG 2023
Hari Ketiga;
Bersarapan di hotel atau restoran di kawasan Kota Kinabalu
Bertolak ke Jeti Jesselton Point pada waktu pagi bagi lawatan ke Pulau Taman-Taman Tunku Abdul Rahman (TARP) iaitu Pulau Sapi dan Pulau Manukan/Pulau Mamutik
Aktiviti bebas di pulau, seperti snorkeling, banana boat, parasailing dan macam-macam lagi.
Kembali ke Jeti Jesselton Point pada waktu petang
Balik ke hotel atau tempat penginapan untuk berehat.
PERCUTIAN SABAH- PAKEJ MURAH KE KUNDASANG 2023
Hari Keempat;
Daftar keluar penginapan
Singgah untuk membeli-belah di Pasar Kraftangan Sabah atau nama lainnya Pasar Filipino. (Kalau kebetulan hari keempat ni jatuh pada hari Ahad, bolehlah anda singgah ke Tamu Gaya Street untuk melihat pelbagai kraftangan dan barangan lain yang dijual pada awal pagi kerana suasananya lebih meriah)
Sekiranya anda menempah penerbangan pada lewat malam, jangan risau! Kerana anda masih mempunyai banyak masa untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan Kota Kinabalu, seperti melawat Menara Tun Mustapha, Masjid Terapung dan lain-lain.
PERCUTIAN SABAH- PAKEJ MURAH KE KUNDASANG 2023
Senang tak, nak dapat makanan halal kat Sabah?
Jawapannya, YA, sangat senang untuk dapatkan makanan HALAL di Sabah ni. Yang penting kena tau kawasan-kawasan tu, ada kawasan yang memang penuh dengan restoran yang pemiliknya Cina dan India, namun tidak kurang juga Cina Muslim dan India Muslim yang menjadi pengusaha restoran. Yang penting anda perlu mengetahui restoran yang berdekatan dengan penginapan anda. Oleh itu, adalah lebih baik anda mengupah servis pemandu yang berpengalaman dalam mencari tempat makanan yang HALAL seperti restoran Seafood yang memang menjadi tempat utama bagi para pelancong yang berkunjung ke Sabah.
Begitu juga bagi mereka yang ‘Vegetarian’. Walaupun tidak banyak di kawasan Kota Kinabalu yang menjual khusus makanan vegetarian sahaja namun, pelbagai restoran-restoran yang mempunyai menu vegetarian bagi golongan ini.
PERCUTIAN SABAH- PAKEJ MURAH KE KUNDASANG 2023
Berapa kos yang diperlukan bagi percutian di Sabah?
Sekiranya anda merancang percutian sabah- pakej murah ke kundasang 2023 untuk ke Sabah sendiri, anda perlu mengetahui kos yang diperlukan bagi empat (4) komponen utama ini iaitu;
Kos Pengangkutan – Ini termasuk pengangkutan udara, darat dan air sekiranya pergerakan anda memerlukan pengangkutan jenis ini dari satu destinasi ke satu destinasi lain.
Kos Penginapan – Ini juga termasuk dengan kadar bintang sesuatu penginapan. Anda ingin penginapan yang mempunyai pemandangan yang cantik dan ruangan yang luas dan lebih selesa, kenalah keluar duit lebih. Namun, ianya terpulang pada citarasa seseorang. Jika mampu, apa salahnya kan?
Kos Makan dan Minum – Yang ini amat penting sebab nak bajet makan apa, berapa harga dan sebagainya. Bagi anda yang meminati makanan laut di Sabah, bolehlah mencubanya namun harga bergantung pada timbangan makanan tersebut seperti ikan, sotong, ketam, udang dan lain-lain. Nak lebih jimat, boleh cuba “seafood buffet” yang terdapat di pelbagai restoran. Lebih berbaloi kerana anda boleh makan sepuasnya dengan hanya kos RM40-RM70 seorang bergantung dengan harga sesebuah restoran tersebut.
Kos Aktiviti – Untuk bahagian ni pula bergantung dengan tempat yang anda ingin lawati, contohnya nak pergi Desa Dairy Farm, kena bayar tiket masuk. Kalau nak beli aiskrim, susu Desa dan lain-lain bolehlah bawa duit lebih untuk perbelanjaan anda kat sana nanti.
Kesimpulannya, semua perjalanan kena ada perancangan yang betul supaya perjalanan berjalan dengan lancar dan taklah “over budget”. Untuk mengetahui lebih banyak infomasi mengenai percutian sabah- pakej murah ke kundasang 2023, bolehlah hubungi kami di 011-1864 8848 (Yati) / 088-301615 (Office Hours)
Antara tips bercuti dan pakej tour kundasang untuk ke tempat menarik di Kundasang. Adalah disyorkan ambil flight awal ke Kota Kinabalu kalau bertujuan terus ke Kundasang. Kalau flight sampai KK lewat petang/malam sebaiknya bermalam di KK dulu. Keesokan paginya baru gerak ke Kundasang? Sebab apa??
2.Perjalanan 2 jam?
Perjalanan KK ke Kundasang ambil masa dalam 2 jam. Mula2 akan melalui fasa jalan lurus dari KK-Tuaran-Tamparuli. Kemudian selepas melalui Tamparuli barulah memasuki fasa jalan berbukit2 hingga ke Kundasang. Sila guna waze ke Kundasang sebab signboard ke sana tak banyak. Kalau jumpa signboard pun tulis ke Ranau. Boleh ikut juga sebab Ranau terletak selepas Kundasang. Biasanya jalan berbukit mulai gelap berkabus dalam jam 5.30ptg-6ptg. Tidak digalakkan memandu kepada mereka yg tidak biasa melaluinya sebab bahaya
3.Isi minyak di KK⛽
Tips bercuti ke kundasang yang lain adalah membuat persiapan terlebih dahulu. Kalau ada yg nak isi minyak, cucuk ATM, solat, buang air, makan2, sila tunaikan sewaktu di Kota Kinabalu. Susah nak jumpa stesen minyak dalam perjalanan. Kalau terlupa jangan risau stesen minyak terakhir ada SHELL betul2 sebelah Rumah Terbalik Tamparuli. Kalau terlupa juga, berpusing2 nanti cari minyak di Kundasang? Di pekan Ranau atas lagi dalam 20minit dari pekan Kundasang ada Petronas.
4.Tarikan dalam perjalanan
Nama pun bercuti ke kundasang kan? Sebaiknya singgah lah di beberapa tempat menarik di sepanjang perjalanan ke Kundsang. Apabila melalui kawasan Tamparuli bolehlah singgah Rumah Terbalik & 3D Wonder Museum betul2 di tepi jalan belah kiri. Kalau nak singgah Jambatan Tamparuli kena pergi ke arah pekan. Terpulang nak pergi tempat2 tarikan ni masa perjalanan pergi mahupun waktu pulang nanti ke KK. Pakej tour kundasang adalah pilihan terbaik untuk melancong dalam negeri.
5.Untuk Muslim
Selain itu, tips bercuti ke kundasang bagi yang muslim. Selepas simpang Tamparuli nak ke Kundasang ada beberapa gerai tepi jalan kiri kanan. Tak perlu susah2 singgah ya. Gerai2 tu jual sinalau bakas ataupun babi hutan salai. Sila teruskan perjalanan ok!
6.Tempat tarikan Kundasang
Apabila anda bercuti ke kundasang, terdapat banyak tempat2 tarikan. Tapi jaraknya jauh di antara tempat tarikan adalah jauh. Oleh itu, sebaiknya anda menggunakan kereta untuk ke satu2 tempat supaya sempat ke semua tempat menarik di Kundasang.
Sebelum sampai Kundasang akan melalui Pekan Nabalu. Bolehlah singgah beli souvenirs murah2 sana berbanding di KK. Terus lagi jumpa Kinabalu Park (starting point hiking Gunung Kinabalu). Terus lagi sampai jumpa roundabout sayur Kobis situlah Pekan Kundasang. Bolehlah pergi Desa Dairy Farm, War Memorial, dan semua tempat pakej tour kundasang yang anda boleh tgk dalam jadual perjalanan kami. Jangan lupa singgah Masjid Kundasang atas bukit tu dan juga gerai2 jual sayur, buah murah2 di tepi jalan tu.
7.Kedai makan??
Tak banyak kedai makan di Kundasang. Ada yg suka fastfood ada KFC sana. Kalau nak cari tempat makan, roundabout Kobis tu dari KK belah kanan, ada Intan Restaurant & Hidayah Restaurant. Order nasi putih & sup panas2 memang sedap dgn cuaca sejuk2 ni. Jangan lupa try chicken wings Kundasang?
8.View gunung cantik?
Jauh2 datang Kundasang mestilah nak tengok Gunung Kinabalu kan…Gunung Kinabalu ni jelas kelihatan mulai jam 6pagi hingga 10pagi. Lebih kurang jam 11pagi gunung mulai dilitupi kabus awan. Tidurlah di Kundasang satu malam kalau tak nak terlepas peluang keemasan tu. Ada banyak pilihan hotel/homestay. Sila booking lebih awal. tempat menarik di Kundasang
Best bila bangun pagi2 dalam kesejukan dapat tengok pemandangan Gunung Kinabalu. Subhanallah jatuh cinta! Di Kundasang sejukkk sangat tau! Lagi2 waktu malam dan juga waktu hujan. Menggigil2 badan?
9.Desa Dairy Farm??
Tengok orang lain upload gambar DDF cantik2 dgn background Gunung Kinabalu, dgn ladang menghijau, dgn lembu2 comel. Tapi bila pergi nampak kabus, tak nampak gunung pun. Tipsnya pergi sana sebelum jam 10pagi. Bila DDF buka jam 8pagi tu pastikan sudah ada di sana. Nikmatilah pemandangan di sana puas2. Jangan lupa minum susu fresh yg amat sedap. Aiskrim pun sedap! Antara tempat menarik yang sangat di kunjungi ramai.
10.Tempat tarikan Ranau
Apa yg ada di Ranau?? Di situlah ada Poring Hotspring (kolam air panas, canopy walk, etc), Sabah Tea Garden, Fish Massage Kg Luanti?Kundasang ke Pekan Ranau dalam 20 minit. Isi minyak siap2 di Petronas Ranau. Tempat makan pun lebih banyak pilihan di Ranau. Ok teruskan perjalanan. Dari Kundasang ke Poring dalam 45 minit. Dari Kundasang ke Sabah Tea dalam 1 jam. Betul2 sebelah simpang masuk Sabah Tea ada Fish Massage. Jangan terlepas tau! Kalau terus lagi alamatnya ke Sandakan pula!
Ok sudah puas jalan2 Kundasang bolehlah jalan2 di KK pula kan?
Bolehlah share dgn famili, dgn kawan2 yg plan bercuti ke Kundasang terutamanya yg pertama kali pergi. Harap dapat membantu ya?
**Perkongsian tips ni hanya untuk memudahkan percutian/perjalanan mereka yang datang bercuti sendiri..
Kredit: Al-Jannah Homestay KK
_________________________________________
#KEPAKARAN??? #GBGLOBALCARRENTAL
Kami ingin membantu semua orang menikmati memori percutian yang terindah di Negeri Sabah di Bawah Bayu. Iaitu menyediakan kenderaan sewa pandu dan pakej pelancongan dengan harga yang terbaik dalam pasaran disamping kualiti perkhidmatan yang terbaik. Ia amat sesuai digunakan untuk ke tempat menarik di Kundasang.??